Get this gadget at Twitter for blogger

Welcome Guys

Labels

Iklan berbayar

PEGAWAI BOMBA MALAYSIA Kelayakan SPM April 2016

Written By Unknown on Monday, March 28, 2016 | 8:09 PM

Jawatan kosong kerajaan terkini sebagai Pegawai Bomba KB17 pada bulan April 2016 

Permohonan adalah dipelawa daripda warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebagai:

1. PEGAWAI BOMBA KB17
Kelayakan : SPM

Kumpulan: Sokongan
Kem/Jab: Jabatan Bomba dan Penyelamat

Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM
RM936.00

GAJI MAKSIMUM
RM3,424.00 

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM95.00

Syarat Lantikan:
i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM936.00 ]
ii. mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.
mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
iii. lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan seperti berikut:
mengangkat berat seberat 54kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
menjulang dan menegakkan tangga Ajax;
menaiki tangga penyelamat 16.5m; dan
memanjat tali.
iv. lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Lantikan Bekas Anggota Tentera:
Bekas anggota tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau Staf Sarjan yang mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Aerofireman Driver Class I dan telah menamatkan perkhidmatan dengan baik serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan. Calon hendaklah juga memenuhi syarat-syarat lantikan yang ditetapkan di perenggan (ii) dan (iii) di atas.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Ahli Bomba adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Pegawai Bomba Gred KB17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
i. mempunyai kelayakan di perenggan (i) di atas; atau
ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
iii. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:
i. Melaksanakan kerja-kerja operasi pemadaman dan penyelamatan.
ii. Melaksanakan kerja penyelenggaraan harian ke atas jentera bomba dengan cekap.
iii. Mengendalikan pam bomba.
iv. Melaksanakan tugas-tugas pemanduan jentera bomba dengan cekap.
v. Melaksanakan kerja-kerja di Bilik Kawalan dan Pengawasan.

Permohonan jawatan Pegawai Bomba KB17 disini

 Tarikh Tutup 10 April 2016

Interview Tips