Get this gadget at Twitter for blogger

Welcome Guys

Labels

Iklan berbayar

PENOLONG PEGAWAI TADBIR MARDI 13 Disember 2018

Written By Unknown on Sunday, December 2, 2018 | 7:23 PM

INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA
(Malaysian Agricultural Research and Development Institute)

IKLAN JAWATAN KOSONG
TARIKH BUKA IKLAN : 29 NOVEMBER 2018 (KHAMIS)

MARDI sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia
mempelawa warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut :-

JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI TADBIR, GRED N29

1. Klasifikasi : PENTADBIRAN DAN SOKONGAN (N)

2. Kumpulan : PELAKSANA

3. Taraf Jawatan : TETAP / KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE)

4. Penempatan : SELURUH MALAYSIA

5. Jadual Gaji : GRED N29
Gaji Minimun
Gaji Maksimum
: RM1,493.00
: RM5,672.00

6. Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
(iii) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM 1,770.95)

7. Syarat Kelayakan
Bahasa Melayu
: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred
C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil
Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.

8. Syarat Peningkatan
Secara Lantikan
: Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tabdir
(Perkeranian/ Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir
(Kewangan), Pemeriksa Cap Jari dan Pegawai Khidmat Pelanggan adalah
layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk
Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred
N29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam
perkhidmatan dan:
a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
b) had umur pelantikan:
(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai
yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai
yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai
yang umur persaraan paksa 60 tahun.

9. Ringkasan Tugas : Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan
kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan,
perkhidmatan personel serta pengurusan pentadbiran pejabat.

CARA MEMOHON:
i) Semua permohonan hendaklah dibuat secara online melalui Sistem Permohonan Jawatan MARDI
(e-jawatan) sepenuhnya dengan melayari http://ejawatan.mardi.gov.my/

a. Mendaftar di Sistem Permohonan Jawatan MARDI (e-jawatan)
b. Memohon jawatan yang berkaitan

ii) Semua permohonan hendaklah diisi dengan lengkap disertakan salinan dokumen yang diperlukan
berserta dengan sekeping gambar terkini/formal berukuran passport seperti yang ditetapkan.

iii) Mengemukakan maklumat untuk dihubungi (nombor telefon dan emel) yang terkini.

iv) Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan
dipertimbangkan dan calon-calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

v) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup
hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

TARIKH TUTUP IKLAN : 13 DISEMBER 2018 (KHAMIS)

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 03-8953 7043/7037

Interview Tips